PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN IMAN

Assalamualaikum w.b.t...kat sini mari kita ketahui apakah perkara-perkara yang boleh merosakkan iman kita...

1)SYIRIK:
Bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu,baik dengan perkataan, niat dihati ataupun dengan perbuatan. Misalnya:
- Mempercayai pawang boleh menyembuhkan penyakit
- Pergi ke kubur lalu meminta sesuatu
- Mempercayai Nabi Isa itu anak Allah
- Menyembah berhala, pokok,matahari dan lain-lain

2)MELAKUKAN MAKSIAT
- Mengerjakan maksiat seperti minum arak, berjudi dan mencuri
- Meninggalkan suruhan Allah. Tidak sembahyang, tidak puasa pada bulan Ramadhan dan lain-lain kewajipan
- Menderhaka kepada ibubapa dan seumpamanya

KENAPA KITA??

KENAPA KITA SEDANG DIUJI?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta.

KENAPA KITA TIDAK MENDAPATKAN APA YANG KITA
IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI KITA TANGGUNGI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

KENAPA KITA RASA TERTEKAN?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA KITA HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung.

APA YANG KITA DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA KITA BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.

MAMPUKAH KITA BERTAHAN LAGI?
Surah Yusuf ayat 87
Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

AKIBAT MENGUMPAT



Imam Abdullah bin Mubarak Rahimahullah, apabila beliau solat di masjid dia bersegera pulang ke rumahnya, maka beliau ditanya: “Mengapakah kamu jika sesudah solat bersama kami kemudian segera pulang, tidak duduk-duduk bersama kami terlebih dahulu?” Ibnu Mubarak menjwab:” Aku tinggalkan kamu dan aku segera menemui para sahabat dan tabi’in.”

Mereka bertanya:” Dimana ada para sahabat dan para tabi’in? Beliau menjawab:”Aku pergi dan melihat apa yang telah aku ketahui, maka aku mendapatkan jejak dan amal-amal mereka. Adapun jika aku duduk-duduk bersama kamu, apa yang aku boleh lakukan? Kamu berkumpul untuk mengumpat manusia. Menjauhkan diri dari mengumpat manusia adalah lebih dekat kepada Allah dan larilah kamu dari orang yang mengumpat sebagaimana kamu lari tatkala melihat singa.”

PETUA-PETUA MENJELANG PEPERIKSAAN

Assalamualaikum w.b.t… Sedar sedar, peperiksaan akhir dah pun semakin hampir. Rasanya baru semalam masuk sem baru..Macammana agaknya persediaan untuk kita hadapinya? Sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Di sini terdapat beberapa petua menjelang peperiksaan:-

# Pertamanya, sudah tentu kita perlu menbaca dan mengingat fakta-fakta kan? Kalau tidak macammana nak jawab…biarla soalannya senang pun,tapi kalau tak membaca tetap tak boleh jawab juga. Kecualilah..Allah berikan keistimewaan lebih kepada seseorang itu.

# Elakkan tekanan diri dan menekan diri orang lain sebab kesannya ke dua-dua pihak akan hadapinya.

# Perlulah menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan pemakanan yang berzat dan berkhasiat. Tidur pun perlulah mencukupi. Jika tidak, kalau badan tak sihat, letih dan lembik, otak pun tak boleh bergerak secerdas mungkin. Kesannya, seseorang itu boleh tertidur dalam dewan periksa.

# Jangan kita lupa pada Yang Berkuasa kerana Dialah yang menentukan segalanya. Tidak kiralah, ketika susah dan senang kita sebagai hamba akan kembali kepada-Nya. Moga-moga Allah memberi kemudahan dan kesenangan semasa menghadapi peperiksaan.

# Juga, menjaga tingkah laku sesama keluarga, rakan taulan dan masyarakat supaya tidak mendatangkan sesuatu yang tidak diingini.

# Meminta restu dari ibu, bapa dan guru. Kemudian, mulakan dengan Bismillah dan jawab dengan tenang.

PESAN NABI JUNJUNGAN...

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda….
“jangan kamu duduk dengan seorang guru jika beliau tidak dapat mengubah dari 5 perkara kepada 5perkara yang elok”…

1) Mengubah anak muridnya dari tidak tahu apa-apa kepada serba boleh, mahir dan yakin.
2) Mampu mengubah dari sifat yang sombong dan bangga diri kepada tawadduk. Nabi bersabda:”..guru hendaklah selam ke dalam hati muridnya untuk mencari kerikir-kerikir sombong dan buangnya kemudian tanamkan ianya dengan sifat tawadduk..”
3) Dapat mengubah dari sifat yang ganas @ vandalism kepada penyanyang.
4) Guru hendaklah mengubah anak muridnya dari sifat riak kepada ikhlas. Nabi bersabda:”..orang yang ikhlas dengar sedikit (belajar) tetapi beramal dengan sebanyak mungkin.
5) Mengubah anak muridnya dari sifat tamak kepada bersyukur dan dapat menghidari dari perkara yang haram dan mendekati perkara yang halal.
TAKRIFAT WANITA
Wanita dipandang daripada :PERIBADI

Dilihat daripada: AKHLAKNYA
Dinilai daripada: KESABARANNYA
Diperhati daripada:KESETIAANNYA
Ditinjau daripada sifat: KEIBUANNYA
Malah dibesar melalui: SOLATNYA

PUASA menjadi TRADISINYA
AL QURAN menjadi HIBURANNYA dan AKHBARNYA
JIHAD menjadi MEDAN dan GELANGGANGNYA

Manusia yang selalu BERUBAH
adalah kaum WANITA
sebab jiwanya LEMAH
FIKIRANnya CETEK
sebab itulah SIKAPnya selalu
MENGECEWAKAN KITA
kecuali WANITA yang BERIMAN

NAFSU mengatakan wanita CANTIK
atas dasar RUPANYA
AKAL mengatakan wanita CANTIK
atas dasar KEPANDAIANNYA dan
HATI mengatakan wanita CANTIK
atas dasar AKHLAKNYA

Oleh itu,
akhlak adalah bunga (hiasan) diri,
tanpanya hilanglah pandangan
manusia pada wanita.

REnUNgAN bERSAmA

Andai engkau masih remaja…
Jadilah anak yang soleh buat kedua ibubapamu…
Andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau akan jodohmu…
Ingatlah janji Tuhan kepada kita…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa…
Tidak menilai wanita melalui keayuan dan keseksiannya…
Tetapi lelaki yang baik…
Akan menilai wanita melalui akhlak, peribadi dan agamanya..
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana engkau akan peroleh cinta insane yang juga mencintai Allah….
Cintailah ibubapamu kerana engkau akan perolehi keredhaan-Nya….

MENGAPA KITA MESTI BERIBADAT??


Assalamualaikum w.b.t. Hidup ini adalah untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Sebagaimana Allah s.w.t. telah menjadikan kita untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Kita kini kian alpa untuk beribadat kepada-Nya. Leka dan seronok dengan nikmat dunia. Di sinilah silapnya, mari kita renung kembali tujuan kita ke dunia dan mengapa kita mesti beribadat kepada Allah s.w.t. Yang pertama, tujuan kita dicipta Allah s.w.t. adalah supaya kita beribadat kepada-Nya. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku.” (Surah adz-Dzaariyat: 56)
Keduanya, kita wajib beribadat sebagai tanda rasa syukur kepada-Nya atas nikmat yang terlalu banyak. Terlalu banyak nikmat yang diberi kepada kita secara percuma malah tidak mampu untuk kita menghitungnya.
Ketiganya, kita wajib beribadat keran kita telah berjanji di alam roh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi….” (Surah al-A’raaf: 172)

Keempat pula, kita wajib beribadat kerana antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah s.w.t. dan menjauhkan taghut. Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah s.w.t. pun tidak terlepas melakukan ibadat, apatah lagi kita.

Kelima, kita wajib beriman dan beribadat kepada-Nya kerana Dialah yang paling berkuasa terhadap seluruh alam. Allah yang mengatur kehidupan kita, kerana itu kita tidak boleh leka dengan kerja lain, apatah lagi melupakan-Nya dan menyembah tuhan lain.

Dan yang keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada-Nya kerana azab yang amat mengerikan menanti di akhirat kelak. Allah s.w.t. amat murka kepada orang yang derhaka kepada-Nya. Ini terbukti dalam firman Allah s.w.t. bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan ) azab hari yang besar (hari Kiamat).” (Surah al-An’am: 15)

DOSA KECIL YANG BETERUSAN AKAN JADI DOSA BESAR KELAK

Takrif dosa besar yakni dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Menurut az-Zanabi dalam bukunya al-Kabaair, menyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada jumlah tersebut dibahagikan kepada jenisnya.

(1)Terdapat empat jenis di hati: syirik, terus menerus membuat maksiat, putus asa, merasa aman dari seksaan Allah s.w.t.

(2)Terdapat empat jenis pada lisan: kesaksian palsu, menuduh perempuan-perempuan baik melakukan zina, sumpah palsu, mengamalkan sihir.

(3)Terdapat tiga jenis di perut: minum arak, memakan harta anak yatim, memakan riba

(4)Terdapat dua jenis di kemaluan: zina dan homoseksual.

(5)Terdapat dua jenis di tangan: membunuh dan mencuri.

(6)Terdapat satu jenis di kaki iaitu lari dari peperangan.

(7)Terdapat satu jenis di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.

EID AL-MUBARAK


Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya sama ada di dalam keadaan yang sempurna mahupun di dalam keadaan yang sederhana. Demikian itu, marilah kita sama-sama berdoa agar Aidilfitri ini dilimpahi dengan keberkatan dari-Nya. Memohon dan memberi ampun sesama manusia andai ada silap dan salah yang terdahulu. taburkanlah doa kepada yang telah tiada...Ingatlah bahawa ajal semakin mendekati kita. Demikian itu, marilah kita sama-sama menginsafi diri, menguatkan iman, serta memperhebatkan amal ibadah kita kepada-Nya.

JADILAH SEPERTI LEBAH!!


"Jadilah kamu seperti lebah di tengah bangsa burung, tiada seekor pun burung melainkan menganggap remeh terhadapnya, padahal seandainya bangsa burung itu mengetahui berkat yang terkandung di perut lebah, nescaya mereka tidak akan meremehkannya". Diriwayatkan oleh Ad-Darimi.

Sebagaimana firman Allah S.W.T:


يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ ِّللنَّاسِ


Maksudnya: "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia." (Surah an-Nahl:69)

Bagaikan lebah yang dilihat sebagai haiwan yang lemah, tidak mempunyai kuku yang tajam dan paruh, hina darjatnya berbanding si burung yang lebih memberi manfaat kepada manusia, namun demikian ianya juga dapat menghasilkan sesutau yang bermanfaat yakni penawar (ubat) kepada manusia.

Jikalau bangsa burung mengetahui apa yang ada dalam perut lebah berupa berkat, nescaya mereka tidak akan meremehkannya. Akan tetapi, burung tidaklah memiliki nikmat akal dan ilmu sebagaimana Allah S.W.T kurniakan kepada manusia. Mari kita renung, bagaimana kita menggunakan keistimewaan yang di kurniakan Allah S.W.T kepada kita? Adakah kita menggunakannya untuk membezakan antara asli dan palsu, buruk dan baik?


Maka, bergaullah di tengah manusia dengan lisan dan jasad, amal dan hati yang ikhlas, sesungguhnya manusia akan mendapat ganjaran setimpal dengan amalan dan apa yang diusahakannya di akhirat kelak.


AURAT-AURAT WANITA


Assalamualaikum w.b.t....Tahukah sekalian!Sebagai seorang wanita,diwajibkan ke atasnya melindungi dan menjaga auratnya daripada pandangan ajnabinya.Marilah kita sama ketahui antara aurat-aurat wanita menurut Al-Quran dan Hadis-hadis nabi:

(1) Bulu kening:
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
(2) Kaki (tumit kaki):
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur:31,"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." Keterangan:Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
(3) Wangian:
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
(4) Dada:
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur:31,"Dan hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "

(5) Gigi:
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."Riwayat At-Thabrani. "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah." Riwayat Bukhari dan Muslim.

(6) Muka dan Tangan:
"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

(7) Tangan:
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

(8) Mata:
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur:31, "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."

Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

(9) Mulut (suara):
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Ahzab:32, "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."Riwayat Ibn Majah.

(10) Kemaluan:
Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nur:31, "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

(11) Pakaian:
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Ahzab:59, "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(12) Rambut:
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."Riwayat Bukhari dan Muslim.



IS IT TRUE THAT COVERING AURAT CAN PROTECT A WOMAN FROM BEING HARMED?

Assalamualaikum....w.b.t..is it true that covering aurat can protect a woman from being harmed?Actually, a lot of professional Muslim women today and those with insufficient Islamic knowledge do not like to discuss about this topic and they don't even believe that covering aurat could prevent harm from inflicting them. Some is even of the opinion that covering the aurat is a form of oppression that the males have enforced on woman. The view always come across with this argument presented in the mass media.


In reality, as a servant of Allah SWT and the follower of Rasulullah SAW, we are taught to always come back to Al-Quran and Al-Hadith to obtain assurance about the permissibility of a matter. Regarding this, Allah SWT said:-

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"O Prophet! Tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their cloaks (veils) all over their bodies. That will be better, that they should be known (as free respectable women) so as not to be molested. "(Al-Ahzab: 59)

Jilbab is a dress (of similar width to ‘baju kurung') worn by women to cover their bodies. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi explained that when some women during the Jahiliah period left their houses, they loved to display some parts of their beauty such as the chest, neck and hair until they were being harrased by those wicked men who like to commit zina. Then, the above ayat was revealed commanding the Muslim women to extend their jilbab so that the parts that could lead to fitnah will be covered. In this way, they would be identified as women who are protected (‘afifah). As a consequence, they would not be molested.

Therefore, the main reason (‘illah) for the above ruling is to prevent Muslim women from being molested by wicked men. Attires that display women's beauty or women walking and talking in a seducing manner could arouse a man's sexual desire. Such behavior is an indirect invitation to the male for teasing and molestation. (Adapted from kitab Al-Halal wal Haram fil Islam with modification).

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA


1) Lupa mengingati Allah.
Disebabkan terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau menjaga anak-anak, maka tidak hairanlah jika kebanyakan wanita tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Maka, saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Kebanyakan wanita sering terjebak pada keindahan dan kemewahan dunia. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Maka tidak hairanlah jika dikatakan martabat wanita kelihatan begitu rendah disebabkan faktor ini.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
Syaitan durjana menggoda umat-umat nabi supaya melakukan dosa. Hal yang demikian, iman yang tidak kuat dan kukuh akan begitu mudah terpedaya dengan godaannya, justeru menjadikan nafsu tidak dapat berfungsi dengan sewajarnya. Maka tidak hairanlah jika mereka melakukan dosa dan noda tanpa mengira pembalasan dari-Nya kelak. Keadaan sebegini berlaku dalam kalangan wanita juga lelaki keduanya.

4) Lemah iman.
Lemahnya iman seseorang wanita itu mungkin ianya disebabkan pengetahuan dan pendedahan agama yang cetek dan bertaraf sederhana. Sikap yang kurang mendekatkan diri dan mengenali pencipta-Nya juga menjadikan seseorang wanita itu lemah imannya.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sikap buruk ini adalah sebahagian dari godaan dan hasutan syaitan. Kita sebagai makhluk-Nya yang dipertanggungjawabkan dengan amanah-amanah-Nya wajiblah meninggalkan perkara-perkara larangan-Nya. Justeru itu, larangan sikap menunjuk-nunjuk ini supaya kita menyedari bahawa tiada yang lebih hebat dan berkuasa melainkan-Nya.

Ketahuilah!Dunia ini adalah perhiasan, dan perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.