DOSA KECIL YANG BETERUSAN AKAN JADI DOSA BESAR KELAK

Takrif dosa besar yakni dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Menurut az-Zanabi dalam bukunya al-Kabaair, menyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada jumlah tersebut dibahagikan kepada jenisnya.

(1)Terdapat empat jenis di hati: syirik, terus menerus membuat maksiat, putus asa, merasa aman dari seksaan Allah s.w.t.

(2)Terdapat empat jenis pada lisan: kesaksian palsu, menuduh perempuan-perempuan baik melakukan zina, sumpah palsu, mengamalkan sihir.

(3)Terdapat tiga jenis di perut: minum arak, memakan harta anak yatim, memakan riba

(4)Terdapat dua jenis di kemaluan: zina dan homoseksual.

(5)Terdapat dua jenis di tangan: membunuh dan mencuri.

(6)Terdapat satu jenis di kaki iaitu lari dari peperangan.

(7)Terdapat satu jenis di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.

0 comments:

Post a Comment