Keduanya, kita wajib beribadat sebagai tanda rasa syukur kepada-Nya atas nikmat yang terlalu banyak. Terlalu banyak nikmat yang diberi kepada kita secara percuma malah tidak mampu untuk kita menghitungnya.
Ketiganya, kita wajib beribadat keran kita telah berjanji di alam roh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi….” (Surah al-A’raaf: 172)
Keempat pula, kita wajib beribadat kerana antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah s.w.t. dan menjauhkan taghut. Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah s.w.t. pun tidak terlepas melakukan ibadat, apatah lagi kita.
Kelima, kita wajib beriman dan beribadat kepada-Nya kerana Dialah yang paling berkuasa terhadap seluruh alam. Allah yang mengatur kehidupan kita, kerana itu kita tidak boleh leka dengan kerja lain, apatah lagi melupakan-Nya dan menyembah tuhan lain.
Dan yang keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada-Nya kerana azab yang amat mengerikan menanti di akhirat kelak. Allah s.w.t. amat murka kepada orang yang derhaka kepada-Nya. Ini terbukti dalam firman Allah s.w.t. bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan ) azab hari yang besar (hari Kiamat).” (Surah al-An’am: 15)
0 comments:
Post a Comment