REnUNgAN bERSAmA

Andai engkau masih remaja…
Jadilah anak yang soleh buat kedua ibubapamu…
Andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau akan jodohmu…
Ingatlah janji Tuhan kepada kita…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa…
Tidak menilai wanita melalui keayuan dan keseksiannya…
Tetapi lelaki yang baik…
Akan menilai wanita melalui akhlak, peribadi dan agamanya..
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana engkau akan peroleh cinta insane yang juga mencintai Allah….
Cintailah ibubapamu kerana engkau akan perolehi keredhaan-Nya….

MENGAPA KITA MESTI BERIBADAT??


Assalamualaikum w.b.t. Hidup ini adalah untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Sebagaimana Allah s.w.t. telah menjadikan kita untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Kita kini kian alpa untuk beribadat kepada-Nya. Leka dan seronok dengan nikmat dunia. Di sinilah silapnya, mari kita renung kembali tujuan kita ke dunia dan mengapa kita mesti beribadat kepada Allah s.w.t. Yang pertama, tujuan kita dicipta Allah s.w.t. adalah supaya kita beribadat kepada-Nya. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku.” (Surah adz-Dzaariyat: 56)
Keduanya, kita wajib beribadat sebagai tanda rasa syukur kepada-Nya atas nikmat yang terlalu banyak. Terlalu banyak nikmat yang diberi kepada kita secara percuma malah tidak mampu untuk kita menghitungnya.
Ketiganya, kita wajib beribadat keran kita telah berjanji di alam roh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi….” (Surah al-A’raaf: 172)

Keempat pula, kita wajib beribadat kerana antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah s.w.t. dan menjauhkan taghut. Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah s.w.t. pun tidak terlepas melakukan ibadat, apatah lagi kita.

Kelima, kita wajib beriman dan beribadat kepada-Nya kerana Dialah yang paling berkuasa terhadap seluruh alam. Allah yang mengatur kehidupan kita, kerana itu kita tidak boleh leka dengan kerja lain, apatah lagi melupakan-Nya dan menyembah tuhan lain.

Dan yang keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada-Nya kerana azab yang amat mengerikan menanti di akhirat kelak. Allah s.w.t. amat murka kepada orang yang derhaka kepada-Nya. Ini terbukti dalam firman Allah s.w.t. bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan ) azab hari yang besar (hari Kiamat).” (Surah al-An’am: 15)

DOSA KECIL YANG BETERUSAN AKAN JADI DOSA BESAR KELAK

Takrif dosa besar yakni dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Menurut az-Zanabi dalam bukunya al-Kabaair, menyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada jumlah tersebut dibahagikan kepada jenisnya.

(1)Terdapat empat jenis di hati: syirik, terus menerus membuat maksiat, putus asa, merasa aman dari seksaan Allah s.w.t.

(2)Terdapat empat jenis pada lisan: kesaksian palsu, menuduh perempuan-perempuan baik melakukan zina, sumpah palsu, mengamalkan sihir.

(3)Terdapat tiga jenis di perut: minum arak, memakan harta anak yatim, memakan riba

(4)Terdapat dua jenis di kemaluan: zina dan homoseksual.

(5)Terdapat dua jenis di tangan: membunuh dan mencuri.

(6)Terdapat satu jenis di kaki iaitu lari dari peperangan.

(7)Terdapat satu jenis di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.

EID AL-MUBARAK


Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya sama ada di dalam keadaan yang sempurna mahupun di dalam keadaan yang sederhana. Demikian itu, marilah kita sama-sama berdoa agar Aidilfitri ini dilimpahi dengan keberkatan dari-Nya. Memohon dan memberi ampun sesama manusia andai ada silap dan salah yang terdahulu. taburkanlah doa kepada yang telah tiada...Ingatlah bahawa ajal semakin mendekati kita. Demikian itu, marilah kita sama-sama menginsafi diri, menguatkan iman, serta memperhebatkan amal ibadah kita kepada-Nya.

JADILAH SEPERTI LEBAH!!


"Jadilah kamu seperti lebah di tengah bangsa burung, tiada seekor pun burung melainkan menganggap remeh terhadapnya, padahal seandainya bangsa burung itu mengetahui berkat yang terkandung di perut lebah, nescaya mereka tidak akan meremehkannya". Diriwayatkan oleh Ad-Darimi.

Sebagaimana firman Allah S.W.T:


يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ ِّللنَّاسِ


Maksudnya: "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia." (Surah an-Nahl:69)

Bagaikan lebah yang dilihat sebagai haiwan yang lemah, tidak mempunyai kuku yang tajam dan paruh, hina darjatnya berbanding si burung yang lebih memberi manfaat kepada manusia, namun demikian ianya juga dapat menghasilkan sesutau yang bermanfaat yakni penawar (ubat) kepada manusia.

Jikalau bangsa burung mengetahui apa yang ada dalam perut lebah berupa berkat, nescaya mereka tidak akan meremehkannya. Akan tetapi, burung tidaklah memiliki nikmat akal dan ilmu sebagaimana Allah S.W.T kurniakan kepada manusia. Mari kita renung, bagaimana kita menggunakan keistimewaan yang di kurniakan Allah S.W.T kepada kita? Adakah kita menggunakannya untuk membezakan antara asli dan palsu, buruk dan baik?


Maka, bergaullah di tengah manusia dengan lisan dan jasad, amal dan hati yang ikhlas, sesungguhnya manusia akan mendapat ganjaran setimpal dengan amalan dan apa yang diusahakannya di akhirat kelak.


AURAT-AURAT WANITA


Assalamualaikum w.b.t....Tahukah sekalian!Sebagai seorang wanita,diwajibkan ke atasnya melindungi dan menjaga auratnya daripada pandangan ajnabinya.Marilah kita sama ketahui antara aurat-aurat wanita menurut Al-Quran dan Hadis-hadis nabi:

(1) Bulu kening:
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
(2) Kaki (tumit kaki):
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur:31,"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." Keterangan:Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
(3) Wangian:
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
(4) Dada:
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur:31,"Dan hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "

(5) Gigi:
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."Riwayat At-Thabrani. "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah." Riwayat Bukhari dan Muslim.

(6) Muka dan Tangan:
"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

(7) Tangan:
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

(8) Mata:
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur:31, "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."

Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

(9) Mulut (suara):
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Ahzab:32, "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."Riwayat Ibn Majah.

(10) Kemaluan:
Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nur:31, "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

(11) Pakaian:
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Ahzab:59, "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(12) Rambut:
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."Riwayat Bukhari dan Muslim.