PESAN NABI JUNJUNGAN...

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda….
“jangan kamu duduk dengan seorang guru jika beliau tidak dapat mengubah dari 5 perkara kepada 5perkara yang elok”…

1) Mengubah anak muridnya dari tidak tahu apa-apa kepada serba boleh, mahir dan yakin.
2) Mampu mengubah dari sifat yang sombong dan bangga diri kepada tawadduk. Nabi bersabda:”..guru hendaklah selam ke dalam hati muridnya untuk mencari kerikir-kerikir sombong dan buangnya kemudian tanamkan ianya dengan sifat tawadduk..”
3) Dapat mengubah dari sifat yang ganas @ vandalism kepada penyanyang.
4) Guru hendaklah mengubah anak muridnya dari sifat riak kepada ikhlas. Nabi bersabda:”..orang yang ikhlas dengar sedikit (belajar) tetapi beramal dengan sebanyak mungkin.
5) Mengubah anak muridnya dari sifat tamak kepada bersyukur dan dapat menghidari dari perkara yang haram dan mendekati perkara yang halal.
TAKRIFAT WANITA
Wanita dipandang daripada :PERIBADI

Dilihat daripada: AKHLAKNYA
Dinilai daripada: KESABARANNYA
Diperhati daripada:KESETIAANNYA
Ditinjau daripada sifat: KEIBUANNYA
Malah dibesar melalui: SOLATNYA

PUASA menjadi TRADISINYA
AL QURAN menjadi HIBURANNYA dan AKHBARNYA
JIHAD menjadi MEDAN dan GELANGGANGNYA

Manusia yang selalu BERUBAH
adalah kaum WANITA
sebab jiwanya LEMAH
FIKIRANnya CETEK
sebab itulah SIKAPnya selalu
MENGECEWAKAN KITA
kecuali WANITA yang BERIMAN

NAFSU mengatakan wanita CANTIK
atas dasar RUPANYA
AKAL mengatakan wanita CANTIK
atas dasar KEPANDAIANNYA dan
HATI mengatakan wanita CANTIK
atas dasar AKHLAKNYA

Oleh itu,
akhlak adalah bunga (hiasan) diri,
tanpanya hilanglah pandangan
manusia pada wanita.

REnUNgAN bERSAmA

Andai engkau masih remaja…
Jadilah anak yang soleh buat kedua ibubapamu…
Andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau akan jodohmu…
Ingatlah janji Tuhan kepada kita…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa…
Tidak menilai wanita melalui keayuan dan keseksiannya…
Tetapi lelaki yang baik…
Akan menilai wanita melalui akhlak, peribadi dan agamanya..
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana engkau akan peroleh cinta insane yang juga mencintai Allah….
Cintailah ibubapamu kerana engkau akan perolehi keredhaan-Nya….

MENGAPA KITA MESTI BERIBADAT??


Assalamualaikum w.b.t. Hidup ini adalah untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Sebagaimana Allah s.w.t. telah menjadikan kita untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Kita kini kian alpa untuk beribadat kepada-Nya. Leka dan seronok dengan nikmat dunia. Di sinilah silapnya, mari kita renung kembali tujuan kita ke dunia dan mengapa kita mesti beribadat kepada Allah s.w.t. Yang pertama, tujuan kita dicipta Allah s.w.t. adalah supaya kita beribadat kepada-Nya. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku.” (Surah adz-Dzaariyat: 56)
Keduanya, kita wajib beribadat sebagai tanda rasa syukur kepada-Nya atas nikmat yang terlalu banyak. Terlalu banyak nikmat yang diberi kepada kita secara percuma malah tidak mampu untuk kita menghitungnya.
Ketiganya, kita wajib beribadat keran kita telah berjanji di alam roh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi….” (Surah al-A’raaf: 172)

Keempat pula, kita wajib beribadat kerana antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah s.w.t. dan menjauhkan taghut. Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah s.w.t. pun tidak terlepas melakukan ibadat, apatah lagi kita.

Kelima, kita wajib beriman dan beribadat kepada-Nya kerana Dialah yang paling berkuasa terhadap seluruh alam. Allah yang mengatur kehidupan kita, kerana itu kita tidak boleh leka dengan kerja lain, apatah lagi melupakan-Nya dan menyembah tuhan lain.

Dan yang keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada-Nya kerana azab yang amat mengerikan menanti di akhirat kelak. Allah s.w.t. amat murka kepada orang yang derhaka kepada-Nya. Ini terbukti dalam firman Allah s.w.t. bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan ) azab hari yang besar (hari Kiamat).” (Surah al-An’am: 15)

DOSA KECIL YANG BETERUSAN AKAN JADI DOSA BESAR KELAK

Takrif dosa besar yakni dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Menurut az-Zanabi dalam bukunya al-Kabaair, menyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada jumlah tersebut dibahagikan kepada jenisnya.

(1)Terdapat empat jenis di hati: syirik, terus menerus membuat maksiat, putus asa, merasa aman dari seksaan Allah s.w.t.

(2)Terdapat empat jenis pada lisan: kesaksian palsu, menuduh perempuan-perempuan baik melakukan zina, sumpah palsu, mengamalkan sihir.

(3)Terdapat tiga jenis di perut: minum arak, memakan harta anak yatim, memakan riba

(4)Terdapat dua jenis di kemaluan: zina dan homoseksual.

(5)Terdapat dua jenis di tangan: membunuh dan mencuri.

(6)Terdapat satu jenis di kaki iaitu lari dari peperangan.

(7)Terdapat satu jenis di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.